Permohonan Pengeluaran RM10,000 KWSP Akaun 1 Melalui i-Sinar

Permohonan Pengeluaran wang simpanan KWSP Akaun 1 kini boleh dilakukan secara online melalui i-Sinar bagi pencarum yang memerlukan.

Ianya membolehkan pencarum untuk mengeluarkan sejumlah wang dari Akaun 1 mereka, namun tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan kerana jumlah pengeluaran berbeza bergantung kepada jumlah baki dalam Akaun 1 KWSP.

Perkara ini telah dibincangkan dalam pasca pembentangan Bajet 2021 baru-baru ini. Dan kerajaan telah mengumumkan permohonan tersebut boleh dilakukan melalui sistem online yang dinamakan i-Sinar.

Jumlah pengeluaran maksimum Akaun 1 KWSP adalah RM60,000 bergantung kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Kelayakan permohonan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut;

Kategori 1: berkerja di sektor formal, kerja sendiri, berkerja di sektor ekonomi gig, suri rumah, lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, atau mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 2: Ahli KWSP yang masih berkerja tetapi mengalami kekurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas (pengurangan gaji dan elaun, atau potongan tuntutan kerja lebih masa) selepas tarikh 1 Mac 2020.

Kriteria Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Berdasarkan 2 kategori permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP, terdapat beberapa kriteria atau syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut

Kriteria Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP – Kategori 1

  • Ahli KWSP yang telah tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa membuat permohonan, atau
  • Ahli yang masih berkerja, tapi terjejas pendapatan iaitu gaji pokok berkurang sebanyak 30% ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi permohonan kategori 1 ini, sebarang dokumen sokongan adalah tidak diperlukan, pencarum hanya perlu memohon secara online, kelulusan akan diberikan secara automatik, dan akan menerima pembayaran pertama oleh KWSP pada pertengahan bulan Januari 2021.

Kriteria Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP – Kategori 2

  • Ahli KWSP yang masih berkerja dan mencarum, tetapi pendapatan keseluruhan (jumlah gaji pokok termasuk bayaran elaun, elaun kerja lebih masa, dan lain-lain) telah berkurang sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Bagi permohonan kategori 2 ini, dokumen sokongan adalah diperlukan. Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan ketika membuat permohonan pengeluaran KWSP Akaun 1 ini adalah seperti dibawah

  • slip gaji sebelum dan selepas pendapatan berkurang, dan
  • notis pemberhentian, atau pemotongan elaun, dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

Jumlah Pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar

Jumlah pengeluaran i-Sinar bergantung kepada baki simpanan Akaun 1 Ahli KWSP samaada kurang daripada RM100,000 dan ke bawah atau lebih daripada RM100,000.

Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 kurang daripada RM100,000;

  • layak membuat pengeluaran sehingga RM10,000, tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam akaun 1,
  • bayaran pendahuluan maksimum sehingga RM5,000 pada bulan pertama,
  • baki bayaran akan diterima minimum RM1,000 sebulan atau RM50 bergantung kepada baki akhir Akaun 1,
  • tempoh bayaran sehingga 6 bulan.

Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 lebih daripada RM100,000;

  • layak membuat pengeluaran sehingga 10% daripada Akaun 1, maksimum RM60,000
  • Bayaran pendahuluan maksimum RM10,000 akan diterima pada bulan pertama
  • Baki bayaran akan diterima minimum RM1,000 sebulan
  • tempoh bayaran adalah 6 bulan

Permohonan dan Semakan i-Sinar KWSP

Permohonan dan semakan keputusan permohonan i-Sinar boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang KWSP ataupun melalui pautan ini, https://isinar.kwsp.gov.my/

Permohonan bagi kategori 1 boleh dilakukan bermula pada 21 Disember 2020, manakala bagi pencarum dalam kategori 2 pula mereka boleh mula membuat permohonan melalui i-Sinar pada 11 Januari 2021.

Status permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar kategori 1 ini boleh di semak bermula 4 Januari 2020 melalui pautan di atas.

Info